Hola Fellas
Hola Fellas relationship naim oncoy ! |
The Webmaster Likes > suka makan Chocolate > suka berborak > suka gelaks > suka bdax yg ta sombonk > suka on9 > suka edit blog > suka edit gmb Hates > iNternet lembab > Haters > Copycats > org yg kurang ajar Loves Kaka Qiela kezen Fara kaka Fatiha kaka anis amirah kaka Irine Nadia Marcello adq'ku Nuha bff Adilah Amran kaka Siti Najeeha kezen Ateng Teha Halim bff tyera Scream Out Loud ! saya sayang mereka Credits Section
Skin by: Teha HalimBasecode by : Aina Hanani Background by : Aina Hanani Top Button : Jaja edits by : Sha Xiera Monday, December 5, 2011 | 10:00 AM | 0 comment(s)
Bila kita cintakan seseorang, of course hati kita akan tertumpu pada dia. Semua benda kita akan sacrifice untuk dia. Tak kisah sebab hati dah sanggup. Kadang-kadang kita berkorban untuk yang dicintai. Perkara yang kita tidak pernah buat atau tidak kita suka, tiba-tiba kita jadi sanggup, tiba-tiba kita jadi senang. Sebab? sebab kita cinta. Ada cinta di hati yang singgah dan kita tidak kisah untuk melakukan sesuatu. Malah ada yang meminta bukti tanda cinta. Sayang, kita selalu tersalah mentafsir. @cepat-cepat menyahut panggilan-Nya Kalau hati dah cinta, dah sayang, cepat-cepat kita angkat call rite? nampak je nama orang tu terus senyum wajah berseri-seri. Sepantas kilat kita menjawab takut orang di sana marah then merajuk pulak. SO how about your attitude dengan DIA? Cepat-cepat jugak ke nak pergi solat bila dah dengar azan? Bersungguh-sungguh ke kita menunaikan solat fardhu dengan hati yang berbunga-bunga dan wajah berseri-seri ketika Allah dah panggil suruh solat? Atau masih berlegar-legar di shopping complex atau masih leka bermain di padang bola? @Memberikan perhatian and focus terhadap kata-kataNya Kalau kita benar-benar cinta kepada-Nya, kita amat suka mendengar setiap bait-bait ayat al-Quran. Bacaan ayat-ayat al-Quran menjadi pengganti kepada music. Kita lebih suka mendengar bicara Allah. Sehari tak dengar mak aih rasa camtakbest je life. Macam kita dengan si dia, kita suka sangat dengar dia cakap sweet sweet dengan kita. I lap you I miss you. Bagi kita itulah ucapan paling indah dan auwww so sweet. Tapi bicara Allah lagi sweet. Kita akan berusaha untuk tinggalkan larangan-Nya dan melakukan perintah-Nya even kita rasa benda yang Allah larang tu cambest dan apa yang Allah suruh buat tu camtakbest. Yup, mujahadah memang takbest tapi di akhirnya kita akan rasa best sangat. Macam kita nak hadapi exam SPM, punyalah gila-gila study, gila-gila ni tak tidur, makan tak kenyang, mandi tak basah sebab dok gila punya study, takbest betul bila masa nak berusaha study, takbest sebab tak dapat nak main game macam orang lain, takbest tak dapat online pesbuk ngan belog hari-hari. Takbest takbest je kan? In the end, masa nak dapat result tu, bila kita dapat result best, surely apa yang takbest masa kita rasa waktu kita penat lelah berusaha, dah pun terbayar. See? Sama jugak dalam situasi ni. Kita just nak life kita tak ada susah payah, bila dapat ujian takbest bagi pandangan kita terus kita kata macam-macam tanpa kita sedar sebenarnya di penghujungnya ada sesuatu yang best! =) @Sentiasa suka memandang ciptaan Allah Kita suka sangat tengok panorama indah. Waterfall yang cantik, lihat awan yang membiru. Seriously, everything yang Allah create dekat alam ni semuanya wonderful. Maka, sangat kasihanlah if kita hanya melihat tanpa memikirkan kebesaran Allah. Dunia ni indah, sebab tu ramai manusia terleka dengan keindahannya. Dunia diciptakan untuk kita. Yes but what for? Sebab untuk beribadah kepada Dia. Aku menciptakan jin dan manusia, tiada lain hanyalah untuk beribadah kepada-Ku. (Adz-Dzariat: 56) Adakah beribadah hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji? Tak. Actually, semua benda yang kita buat kat atas dunia ni adalah ibadah. Seriously? Yup. Yang penting, sebelum buat sesuatu kita sebut bismillahirrahmanirrahim and niat paling penting ikhlas kerana Allah. Main bola pun ibadah, online, baca buku, memasak semualah. Kita kena bijaklah manfaatkan sesuatu tu macma facebook and blog. Tapi jangan pulak nak buat jahat sebut nama Allah. -___- takboleh takboleh @Suka berdating dengan Allah Hujung minggu je mesti dating, cuti sem je harus jumpa. Mestilah sebab kiteww rinduuu. Berbulan-bulan dah tak jumpa. Sebab kita cinta. Pakai sehabis baik bila kita nak bertemu dengan orang yang kita sayang. Then, kita pun mesti suka jugak bila nak ‘dating’ dengan Allah. Perbaiki kualiti solat, sentiasa improve kan bacaan dalam solat, I mean fahamkan maknanya, betulkan tajwid, hafaz surah-surah, nak menghadap Allah adalah suatu perkara yang penting. Allah panggil kita 5 kali sehari oh tapi janganlah abaikan panggilan Dia. Allah sikit pun tak lupa kita, tak lupa nak bagi kita rezeki, tak lupa bagi kita kejayaan dan kemewahan. Jangan sampai dia lupa nak bagi kita nyawa habislah. Sesiapa berharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. (al-Ankabut:5) @Rindu dan ingat kepada-Nya selalu iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram(surah ar-Ra’d:28) Mengingatinya hanya membuatkan kita benar-benar tenang. Benda ni saya dah banyak ulas. beware dengan jenis ni, kalau dia benar2 cinta, cinta pada Allah dulu adalah keutamaan Dia @Banyak menyebut nama-Nya Alhamdulillah, kejayaan ni pun sebab Allah yang izinkan. Subhanallah, cantiknya pemandangan! Semua benda yang kita buat, tak jemu-jemu kita sebut nama DIA. Seumpama DIA lah yang paling kita cinta. And satu lagi, banyakkan berzikir kepada DIA memuji nama-Nya, asma’ (nama-nama) Allah yang begitu indah sekali. @Bersabar dengan ujian-Nya Satu benda yang kita paling senang cakap and susah nak buat. Sabar. Tapi orang yang rasa macam dah give up je. Boleh rujuk post ni. @Mencintai everything yang berkaitan dengan Allah Jika kita jatuh cinta dengan seseorang, mesti semua benda berkaitan dengan dia kita berusaha untuk suka. Orang kata, bila kita kawen dengan seseorang, bermakna kita kawen jugak dengan family dia. Cuba nak sayang family dia macam family kita, cuba nak suka apa yang dia suka. Okay, contohnya kita rindu untuk bertemu Allah. Sentiasa nak solat and solat yang terbaik adalah solat berjemaah. So, rajin-rajinkanlah pergi ke masjid dan surau (khususnya lelaki) sebab kita tahu pahala solat berjemaah 27 solat sendiri 1 je. Itupun tak tahu dapat ke tak 1 tu, dengan tak khusyuknya, dengan solat gitu-gitu je, solat express. Cintakan masjid. Rindukan Baitullah (rumah Allah), kaabah. Maka tak sabar-sabar untuk jejakkan kaki kat sana. corak bawah tu corak my cawan hehe @Cemburu Ini bukan cemburu buta. Cemburu yang ni bersifat positif. Bila kita tengok someone tu gigih dalam ibadahnya sentiasa nak perbaiki kualiti imannya, kita akan jadi cemburu. And cemburu tu mendorong kita untuk turut berusaha macam dia jugak. Yang ni lah cemburu yang positif. Bukan cemburu main tarik-tarik rambut. @Berusaha keras meraih redha-Nya Kualiti iman. Ukur sejauh mana kita mencintai Dia. Macam mana kita nak tahu kita betul-betul sayangkan Allah? Yelah, kita ni asyik cakap kita sayang Allah, kita cintakan Allah but sejauh mana ukuran cinta kita kepada-Nya eh? 1) Meletakkan cinta Allah di tempat paling atas Kita tak akan sibuk dengan cinta-cinta yang melalaikan, even couple pun kita tak nak sebab couple ni macam mengganggu hubungan dengan Allah. Yelah, mana lagi masa nak rindukan Allah bila kita nak rindukan si dia lagi, mana kita nak buat solat dhuha bila kita lagi suka morning call dia lagi. Hubungan dengan Allah akan terganggu. Seolah-olah priority kita dekat dia bukan DIA. 2) Bersabar dengan ujian 3) Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti ibadah & iman Means, solat bukan semata-mata solat. Buat ala kadar je. Solat dengan lalai. Sebab tu Allah kata; Maka, celakalah orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai terhadap solatnya (al-Maun:4-5) Orang yang solat pun kena? Why? Sebab fiil (perbuatan) kita je solat tapi hati tak solat. Fiil kita je sujud tapi hati tak sujud. Sebab tu even solat 5 waktu pun lah kan, kalau hati kita tak benar-benar faham akan apa objektifnya, apa meanings dia, tetap jugak buat maksiat. Tetap jugak buat salah. Teguran buat diri saya especially yang selalu leka dan alpa. So, kalau korang tanya cinta tu apa kat saya? Yes, i will define this. Kalau cinta, perlukan bukti. Kalau cinta, buktikanlah. Love is a verb. Pada DIA bukan pada buayafriend. Banyak benda yang kita utamakan lebih dari kita utamakan DIA. Tapi Allah tetap baik kat kita. Banyak benda yang kita buat salah banyak dah dosa ni buat, tapi Allah tetap ampunkan kita. Keampunan Allah tu lagi luas dari kemurkaan-Nya. Banyak masa untuk kita bertaubat and jangan sampai matahari terbit di sebelah barat baru kita terhegeh-hegeh nak minta ampun, masa tu menangis air mata darah pun tak guna. Heran betul lah, korang rajin baca post panjang-panjang camni, thanks =’) Insyaallah, sedikit input ni akan menjadi panduan untuk kita terus memperbaiki diri sendiri.Waallahu'alam. Labels: scha xiera |